DENGARKANLAH DUHAI TEMANKU SAYANG

>> Saturday, March 21, 2009

temanku,
Allah menciptakan manusia sama sahaja,
dengan sebaik-baik kejadian,
cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
ada yang lalai dengan angan-angan,
ada yang tekun berusaha,
tentu nasib mereka berlainan,
kerana Allah maha adil sifatNya,
kelalaian dibalas dengan kegagalan,
kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
kau diberi peluang membuat pilihan,
kau jua yang tanggung natijahnya.
'sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.'
(surah al-Tin:4).

sedarlah temanku,
kita musafir di dunia,
kita akan pulang kepada-Nya,
hidup di dunia akan ditanya,
adakah diisi dengan sebaiknya,
atau keseronokkan semata-mata?
tanpa ilmu sebagai bekalnya,
kelak di sana rendah darjatnya.
'Allah mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat'.
(surah al-Mujahidah:11).

temanku,
renugilah sebiji cawan,
jika tidak dituang air,
molekul udara memenuhinya,
begitu juga kita,
jika tidak diisi iman,
masuklah syaitan bermaharajalela,
diri kita perlu pengisian,
dengan ilmu dan agama,
agar hidup dekat dengan-Nya,
barulah hatimu tenang bahagia.

ketahulah temanku,
kemulian manusia bukan pada luaran,
tapi pada hati yang takutkan tuhan,
oleh itu,tekadkan keyakinan,
kau ummat pilihan,
'you are the best ummah'.(Ali Imran:110)
'sesungguhnya orang yang mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa'.(Al-Hujurat:13).
jelaskan visi perjalanan,
'Ya tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.'(Al-Baqarah:201)
jadikan ilmu sebagai bekalan,
'Bacalah!Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan.'(Al-Alaq:1-2)
sedarlah kita pemikul amanah tuhan,
'sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang,
maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkianatinya,dan dipikullah amanat itu oleh manusia.
Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan.)'(Al-Ahzab:72).
ketinggian seseorang kerana iman,
'janganlah kamu bersikap lemah. dan janganlah pula kamu bersedih hati.
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.'(Ali-Imran:139)

lantaran itu,carilah reda Tuhan,
dengan melakukan sebaik-baik amalan,
usaha x istiqomah - malas / masa + yakin
asas kejayaan,

'Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.'(Ar-Ra'd:11)
'jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka akan berkata:
cukuplah Allah bagi kami. Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya,
sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah,(tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).'(At-Taubah:59)

temanku,
kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
tapi kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
tiada nilaian pahala dari-Nya,
malah kau pula menaggung dosa,lantaran kau sia-siakan amanah berharga,

temanku,
bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah kesudahan,
sekali kau terjatuh,
jagan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan,
berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,kelak kita akan dimulia,
jika tidak di dunia,
nun disyurga.

-petikan sajak ini diambil daripada novel 'tautan hati' karangan Fatimah Syarha Mohd.Noordin ( page 564-568)
-sebagai renungan bersama...

0 comments: